Perlantikan Kusrin dibimbangi – Nizar
SHAH ALAM, 28 Dis – Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, melahirkan kebimbangannya terhadap perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Beliau berkata, tidak mustahil apa yang berlaku semasa rampasan kuasa di Perak akan berulang kembali sehingga menyebabkan runtuhnya Sebuah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, yang diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke 12 (PRU-12) lalu.
Nizar menegaskan, jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, besar kemungkinan terdapat campur tangan daripada Kerajaan Pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.
“Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.
“Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco,” katanya.
Sebelum ini, Umno-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat (Pakatan) gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka ini adalah Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Kelayakan ketiga-tiga Adun ini masih dipertikai kerana ketiga- tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.
Nizar juga mempertikaikan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.
“Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat.
“Sebagai Menteri Besar, beliau patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya, walaupun ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan,” jelasnya.SelangorKini
Komen : Kepada ketua wakil rakyat PR pastikan YB2 PR bersama dan berganding bahu mempertahankan kuasa di selangor negeri yang terkaya di malaysia.... YB PR perlu buat protes di atas perlantikan kusrin... Jangan terjadi seperti di negeri perak... Lawan Tetap Lawan...lawan sampai menang...
salam,saya sebagai rakyat negeri PERAK amat merindui zaman pemerintahan YB NIZAR,saya berasa amat meriah negeri PERAK ketika itu,kutipan zakat dapat dikutip dengan jumlah yang agak banyak berbanding 'sebelum itu'.
BalasPadam