Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 18, 2010

Apco Power!!!! Di Malaysia

Apco kebal, bagai tidak boleh disentuh langsung: Anwar


PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa seolah-olah tidak membenarkan mana-mana pihak menyentuh sebarang isu yang membabitkan Apco Worldwide Bhd (Apco) di negara ini yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, perkara ini menjadi persoalan kerana Apco yang ada kaitan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak boleh disentuh dan seperti mempunyai kekebalan atau dijaga pihak tertentu.


”Siapa mereka ini (Apco)? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa Apco dianggap begitu berkuasa?


”Apa yang menghairankan, Apco mendakwa mereka ini badan profesional bebas tetapi kenapa terbabit dalam kempen politik Malaysia?


”Ini yang menjadi persoalan. Kita (Pakatan Rakyat) mahukan mereka memberhentikan kempen terbabit.


"Apa yang anda semua lihat sekarang disebabkan Apco, empat Ahli Parlimen, termasuk saya, digantung tanpa ikut peraturan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, beliau dinafikan hak oleh jawatankuasa untuk memberikan penerangan berhubung usul yang dibawa bahawa 1Malaysia mempunyai kaitan dengan One Israel yang diuruskan Apco.


Anwar berkata, apa yang mengecewakan adalah bahawa UMNO dan kerajaan menuduh beliau mempunyai kaitan dengan Yahudi, tetapi sebaliknya kerajaan sendiri ada hubungan dengan Israel melalui Apco.


"Saya ada segala perjanjian mengenai hubungan itu," tegasnya.


Kelmarin, Dewan Rakyat menggantung Anwar daripada tugas Ahli Parlimen selama enam bulan berikutan dakwaan beliau mengenai isu kaitan Apco dengan gagasan 1 Malaysia.


Turut digantung ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.SINAR HARIAN
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...