Jumaat, Disember 24, 2010

Cikgu-Cikgu Ayuh!!! Ambil Perluang Terbaik Ini.

PR beri imbuhan setelah memerintah 100 hari
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat berjanji akan memberi imbuhan kepada golongan pendidik sekiranya memerintah negara ini, sebagai satu insentif dan penghargaan terhadap peranan guru sebagai pembina negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.
Anwar turut mempertahankan inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan RM500, dijanjikan Pakatan Rakyat, tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, imbuhan ini hanya akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun yang merupakan jumlah ini adalah kecil berbanding pembaziran yang kini berleluasa di bawah Barisan Nasional (BN).

“Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

“Bayaran kepada Apco sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan,” katanya.

Menurutnya, PR telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Beliau berkata, PR percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.

Anwar berkata, kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Menurutnya, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.SinarHarian

Komen : Menteri umno memang tak tahu matematik..... Yang dia tahu hanya curi duit rakyat. Cikgu-cikgu dan pegawai-pegawai ayuh ambil peluang terbaik ini dari pakatan rakyat jangan tunggu 5 tahun lagi... Sudah 50 tahun lebih telah banyak menghampakan rakyat malaysia...Sudah sampai masanya untuk berubah...Selamatkan malaysia...untuk masa depan anak-anak.

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng