Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 27, 2010

Tok Guru Nik Aziz Bidas!! TPM Muhyidin.

Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... Tunggu dan lihatlah nanti...Jangan nak jadi gangster,” katanya kepada media selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah Pas Kelantan (Putik) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu,Nik Aziz meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata, Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata, perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat. SinarHarian

Komen : Sangat tepat ulasan dan libasan tok guru kepada TPM yang tak tahu metamatik.. Rakyat perlu beri dulu kemenangan kepada pakatan rakyat kita tengok macam mana PR uruskan pertabiran negara. Kami percaya dan yakin dengan kepakaran yang ada di dalam PR....Jom ubah..Selamatkan Malaysia..!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...