Khamis, Disember 09, 2010

Memang Sah!! Umno Guna Yahudi rejim zionis Israel

RPK Dedah Dokumen Penglibatan Apco Dengan 1 Malaysia
09/12/2010 


SHAH ALAM 9 DIS : Blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin aka RPK melalui laman portalnya malaysia-today.net mendedahkan beberapa dokumen penting pembabitan Apco Worldwide dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setelah hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri dinafikan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Dokumen yang diperolehi hasil daripada carian di Unit Pendaftaran, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat  bertarikh 29 Oktober lalu memberikan bukti jelas aktiviti melobi kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan beberapa siri mengatur temu janji, sesi bergambar beberapa orang pemimpin tertinggi negara termasuklah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Laporan tersebut menjelaskan peranan Apco telah mengaturkan sesi bergambar dan video wanita pertama Malaysia ke Amerika Syarikat pada 10 hingga 15 April 2010, dan dalam penghasilan video lawatan untuk kegunaan kerajaan Malaysia di Malaysia.

Syarikat perunding itu juga telah mengaturkan pertemuan dengan konglomerat besar AS dengan bertujuan mempromosikan hubungan positif antara kerajaan Malaysia dan AS.

Apco katanya turut membantu mengkoordinasi dan menghantar jemputan mesyuarat meja bulat dan makan malam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid pada 20 Mei 2010.

Berhubung lawatan Najib ke AS pada hujung September 2010, syarikat perunding yang mempunyai hubungkait dengan rejim zionis Israel itu turut mengaturkan perjumpaan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil media, institusi akademi, kerajaan AS dan organisasi pengubal polisi.

Dalam sesi lawatan itu, Apco turut menyediakan kemudahan logistik bagi mengadakan perjumpaan dan sesi temuramah di antara Najib dan lembaga editorial akhbar New York Times, wakil stesen televisyen Cable News Network (CNN), majalah ekonomi Wall Street Journal dan ahli majlis hubungan luar negara.

Apco juga hadir ketika Najib menyampaikan ucapannya kepada ahli majlis hubungan luar negara pada 28 September 2010.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata jawatankuasa tersebut enggan memanggil Anwar untuk membela diri, memanggil saksi atau pun mengemukakan apa-apa dokumen penting yang berkaitan.

Pada sesi sidang dewan semalam, beliau turut menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang meminta supaya perkara itu dibahaskan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang menurutnya telah menafikan hak Ahli Permatang Pauh itu untuk membela diri.

Pandikar dalam pada itu turut menghalau beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. 

TVSNEWS

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng