Senarai Blog...Geng

Khamis, Disember 30, 2010

Kit Siang Ulas Isu Lantikan SUK Selangor

Kit Siang: Lantikan SUK langgar semangat perlembagaan Selangor

December 30, 2010
Gambar fail Llim Kit Siang
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya telah melanggar semangat perlembagaan Selangor, dakwa Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat.

Justeru kata Lim (gambar), hujah-hujah sedemikian “sangat lemah dan tidak boleh diterima.”
Dari segi tafsiran literal, kata beliau, Putrajaya tidak harus melibatkan Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri memandangkan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan negeri yang mengatakan Sultan mesti dipersembahkan mengenai pelantikan ataupun sebarang perkenan diraja diperlukan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, meskipun tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor mengenai peranan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan sewajarnya perlu “amat berhati-hati” dalam melantik “pegawai yang sangat tidak popular” untuk berkhidmat sebagai pegawai tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“Ketua Setiausaha Negara yang diberikan tanggungjawab perlembagaan untuk membuat pelantikan ini, seharusnya memikirkan bahawa perikatan yang berbeza memerintah kerajaan negeri persekutuan dan Selangor dan (oleh itu) penting untuk memastikan penyandang jawatan boleh bekerja sebagai penghubung ataupun sekurang-kurangnya tidak dilihat sebagai mudarat kepada kepentingan kerajaan negeri Selangor dan begitulah sebaliknya kepada kerajaan persekutuan,” kata Lim dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, konvensyen perlembagaan agar diadakan perundingan dengan Menteri Besar berhubung soal pelantikan seharusnya diberi perhatian dengan mengambil kira hubungan persekutuan-kerajaan negeri yang sihat boleh terjejas dengan siri perkembangan seperti ini.

“Artikel 55 Perlembagaan Negeri Selangor mengenai Sultan bertindak atas nasihat menyediakan peruntukan bahawa Sultan seharusnya bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif Negeri kecuali dalam keadaan-keadaan spesifik - dan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bukan salah satu kes yang terkecuali di mana Sultan boleh bertindak berdasarkan budi bicara baginda.

“Sidek seharusnya membetulkan pelanggaran semangat ini,” kata beliau sambil menambah, Ketua Setiausaha Negara sewajarnya mengadakan perundingan bermakna dengan Menteri Besar dalam soal pelantikan ini dan mengelakkan krisis perlembagaan.

Semalam, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.
Beliau berkata kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.

Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata Faekah dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Munir dilaporkan berkata Menteri Besar lewat menghantar senarai nama tiga calon yang disenarai pendek bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.TheMalaysiaInsider
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...