Hafiz Baqi |
KAJANG, 7 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa untuk mentadbir negara ini berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN). Justeru, beliau yang meminta rakyat bersatu padu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang mengesa semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak tenggelam dengan polemik yang cuba ditimbulkan sehingga menyebabkan perpecah belah. Kata Abdul Hadi, keutamaan adalah menukar kerajaan BN dahulu yang beliau sifatkan tidak melaksanakan amanah dengan baik. Presiden PAS itu berkata demikian ekoran tercetusnya polemik 'siapa timbalan perdana menteri' sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang. “Kita jangan jadi seperti dua orang sahabat, seorang mahu merancang untuk memelihara kambing dan seorang lagi mahu menanam sireh...kemudian bergaduh mengenai siapa yang perlu membuat pagar sedangkan kambing dan pakok sireh belum ada lagi," kata beliau membuat perumpamaan. Dalam pada itu, beliau juga mengkritik konsep ketuanan yang sering digunakan oleh pemimpin Umno sebaliknya berkata konsep yang betul adalah kepimpinan. "Kalau ada tuan mesti ada hamba," katanya menolak konsep itu. Bagaimanapun beliau melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin Umno tidak berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik walaupun mereka memilikinya sejak dari negara merdeka lagi. "Pada asasnya pelbagai kaum dalam negara ini menerima kepimpinan mestilah dari kalangan orang Melayu berdasarkan jumlah orang Melayu yang Islam itu paling ramai (majoriti). "Tapi malangnya kepimpinan Melayu itu tidak menjalankan amanahnya, tidak bertangungjawab dan tidak menunjukkan wajah kepimpinan yang baik,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat serta pelancaran Alumni Bekas Pegawai-Pegawai Felda di Stadium Kajang malam tadi. Mengulas tentang perubahan dijanjikan Pakatan Rakyat ketika menyampaikan ucapan tersebut, Abdul Hadi berkata ia memerlukan kemenangan menyeluruh kerana kemenangan hanya di beberapa buah negeri sahaja amat menyukarkan untuk melakukan perubahan tersebut. Sedangkan kata beliau, perubahan di negara ini amat perlu kerana kezaliman pemerintahan kerajaan hari ini terhadap rakyat. Katanya, terlalu banyak penganianyaan dilakukan terhadap rakyat tetapi ramai tidak mengetahuinya ekoran sistem demokrasi tidak sihat di mana media menutup keburukan-keburukan kerajaan atau melaporkan keburukan itu sebagai kebaikan. Sebaliknya beliau mendakwa terdapat rakyat yang rumah kediaman dan tanaman mereka dimusnahkan, malah ada berjuta-juta rakyat yang masih tiada tanah untuk rumah kediaman. Sebahagian yang lain pula katanya, terpaksa bercucuk tanam secara haram kerana terlalu sukar untuk mendapatkan tanah daripada kerajaaan. “Lihat diri kita dan tanah air kita, terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang berlaku tetapi kita dilekakan dengan hiburan dan sedikit kemudahan. Sedangkan harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja," ujarnya. Justeru beliau menyeru semua pihak supaya sedar dan memperbetulkan semula kepincangan-kepincangan yang berlaku dengan menggunakan hak demokrasi. Turut berucap dalam majlis tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasation Ismail; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman; Naib Presiden SNAP, Dr John Bampar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah. HarakahDaily |
Selasa, Disember 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Pemimpin PH halang rancangan Dr M pecat Yeo, dakwa Chin Tong - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah bercadang memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar...Sejam yang lalu
-
Doakan saya memeluk Islam' - Ryan - Redzuan Muharamredzuan.muharam@hmetro.com.myKajang: "Saya tertarik untuk menimba ilmu dan mengkaji keistimewaan ajaran Islam. Saya cuba mencari maklumat di...4 jam yang lalu
-
Jangan Ambil Mudah Isu #KerajaanGagal.. - PETALING JAYA: Gerakan tanda pagar #KerajaanGagal yang sedang ‘trending’ di media sosial adalah perkara serius yang tidak boleh diambil mudah oleh kera...8 jam yang lalu
-
MALAYSIA TERUS DIMALUKAN DI ARENA A’BANGSA, PN CEMAR KEBEBASAN MEDIA - Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara, m...11 jam yang lalu
-
Polis Akan Mengeluarkan 'Kompaun' Terhadap Sekolah Yang Cetus Kluster Baharu COVID-19 - KUANTAN - Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur oper...11 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka (Sambungan). - *Bab Keempat (ii)* *MULA MENYEDARI TONSIL * AKU mula mengetahui aku diserang tonsil apabila suatu hari selepas makan tengah hari di sebuah restoran nasi...2 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...