Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 12, 2010

Kes Fitnah 2: Anwar Diperangkap, Dedah Wikileaks


KUALA LUMPUR 12 DIS: Akhbar Australia Sun-Herald melaporkan pendedahan Wikileaks bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperangkap oleh musuh politiknya bagi menghadapi kes fitnah ke 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini.

Laporan eksklusif itu membabitkan pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

“Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” tulis laporan itu lagi.

Sebelum ini Laman web WikiLeaks mencetuskan kontroversi apabila bertindak menyiarkan kira-kira 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat.

Antara butiran pendedahan itu ialah mengenai pandangan dan ulasan yang mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan.

Turut didedahkan ialah berkaitan Malayisa dimana kira-kira 1,000 kabel termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang “amat dikesali” ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Anwar.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Di Parlimen minggu lalu, Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon hadir untuk memberi sokongan kepada Anwar untuk memantau perbicaraan itu.

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes fitnahnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.

“... oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan,” katanya.

Xenophon yang juga seorang peguam berkata, tuduhan  terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.

Beliau adalah antara 50 Ahli Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu kononnya bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

TVSNEWS
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...