SHAH  ALAM 23 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba  lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan  Parlimen menghukum  Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau  peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.
Pensyarah Undang-Undang Professor Dr  Abdul Aziz Bari  berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua  surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan  alasan  menafikan  Ketua Pembangkang  itu hak  membela diri.  
Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel  bukan benda baru. 
"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.
"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.
"Yang  kita hendak dengar sekarang ialah  bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada  bukti Apco  ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau)  tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam  bulan).
"Perkara ini yang perlu diberi perhatian  oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada  saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang  di Parlimen,"  kata Aziz Bari. 
Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen  Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan  pelbagai alasan  menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan  menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.
Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri  kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan  surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.
"Surat itu tidak berguna kerana ianya  datang daripada pihak yang dituduh  , jadi kerajaan boleh kata apa  sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.
Nazri  semalam  mengemukakan dua bukti  dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh  Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan  setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam  bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan  Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.
Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.
Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.
Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada  rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.
Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan  Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member  keterangan.  Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti   di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.TVSNEWS
Komen : Terima kasih dan syabas!! kepada Dr Aziz kerana memberi pandangan yang sangat jelas lagi terang.. Kepada Nazri tunggu!! PRU13 rakyat akan hukum kamu di atas perbuatan kamu dan kucu-kucu... Rakyat malaysia harus buka mata dan gunalah satu-satunya kuasa yang ada pada anda, dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 ni... ayuh berubah!!!! Selamatkan Malaysia"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...