Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 06, 2010

Sudah Di Duga.. Anwar Gagal Lagi!!!!!!

Anwar gagal dalam permohonan minta tarik diri 

KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam percubaan keduanya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Mohamad Zabidin berkata, bahawa berdasarkan transkrip mengenai apa yang diperkatakan oleh beliau dan peguam Anwar, Karpal Singh, dalam mahkamah pada 22 Nov lepas, beliau mendapati tidak ada apa-apa yang boleh mendorong beliau berlaku tidak adil dalam mendengar kes itu.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menetapkan 21 Jan tahun depan untuk sebutan kes selepas membenarkan permohonan Karpal agar perbicaraan ditangguhkan bagi membolehkannya membuat rayuan berhubung keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Ini merupakan cubaan kedua Anwar supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri selepas hakim itu menolak permohonannya sebelum ini supaya akhbar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung satu laporan yang didakwanya sebagai prejudis dalam kes liwatnya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. -Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bterkini/7683.asp
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...