Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 02, 2013

Terkini!!! Himpunan ‘Black 505’ Tetap diteruskan..


Datuk Johari berkata himpunan 505 adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan SPR, dan bukan untuk mempertikaikan pandangan Agong. - Gambar failKUALA LUMPUR, 1 Jun — Protes terhadap keputusan Pilihan Raya 2013 akan diteruskan demi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan bukan bertujuan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong, kata PKR.

Datuk Johari Abdul menjelaskan Himpunan 505 akan terus dilaksanakan bagi menolak keputusan Pilihan Raya 2013, walaupun Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, menitahkan rakyat di negara ini supaya menerima keputusan PRU13.

“Jadi tujuan kita berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku.

“Sebab itu setiap kali tamat himpunan 505 kita nyanyikan lagu Negaraku bagi menunjukkan taat setia kepada Tuanku,” kata Johari kepada The Malaysian Insider merujuk kepada lagu Kebangsaan.
Beliau menjelaskan himpunan berkenaan juga akan terus dilaksanakan sehingga pengerusi dan timbalan SPR yang dilantik Agong meletak jawatan.

“Sebagai pemimpin saya menjunjung kasih nasihat Tuanku. Namun begitu rakyat di bawah memohon agar memaklumkan kepada Tuanku ada penipuan yang jelas yang dilakukan oleh SPR,” katanya.
“Jadi sebagai pemimpin, patik-patik semua nak maklumkan kepada rakyat, rakyat harus bangun dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindak-tanduk SPR yang ahli-ahlinya dilantik oleh Tuanku sendiri,” jelas Johari.

Tuanku Abdul Halim yang melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.
“Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan,” titah Seri Paduka.

Awal minggu ini, Johari berkata himpunan membantah keputusan PRU13 akan diteruskan bulan ini dan diadakan setiap minggu sehingga tuntutan PKR dipenuhi.

TheMalaysiaInsider
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...