Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, November 12, 2013

Gani vs Najib: Salah seorang perlu undur

KEGERSANGAN politik tanahair, yang telah membawa berbagai-bagai padah yang buruk entah bilakan selesai. 
 
Kerajaan hari ini sibuk dengan berusaha untuk memperbaiki keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi mereka tidak pun memahami apa kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memperbaikinya.
 
Bagaimana hendak membetulkan keadaan jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak tahu masalah sebenar yang hendak mereka selesaikan itu. 
 
Selalu mereka tidak tahu pun apa yang mereka lakukan itu adalah tindakan yang salah. Pendeknya mereka melakukan tindakan salah terhadap isu yang salah dan tidak terjumpa penyelesaian hingga ke akhir.
 
Sekarang sudah sampai ke tahap yang amat meruncing sehinggakan pimpinan termasuk pucuk pimpinan melakukan tindakan yang salah dan tidak menepati maksud untuk membetulkan kesalahan yang mereka sendiri tidak memahami masalahnya. Negara telah terbiar begitu lama dengan masalah yang terlalu banyak di lakukan kerajaan. 
 
Setiap minggu ada sahaja isu yang keluar dan terpampang di mata rakyat.
 
Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail. 
 
Isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.
 
Di antara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering di timbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu. 
 
Bekas Ketua CID, PDRM itu telah menulis beberapa surat terbuka dan begitu lantang menzahirkan apa yang beliau anggap sebagai salah laku seorang Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai kewibawaannya untuk melihat salah laku yang dilakukan kepada pengadilan terlaksana.
 
Datuk Mat Zain telah menunjukkan bukti kukuh yang Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa dengan menutup isu dan kesalahan besar pimpinan dan mendiamkan isu yang sepatutnya di ketengahkan. 
 
Jika kita ingat berbagai-bagai isu telah tidak di ambil tindakan semata-mata mereka adalah dari kumpulan berkuasa dan berpengaruh. 
 
Tidak salah tuduhan setengah pihak jika kesalahan dilakukan oleh mereka yang mempunyai otot politik maka Gani akan mengambil tindakan membenamkan sahaja isu mereka yang bersalah itu.
 
Semuanya ini tidak ada tindakan yang diambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri. 
 
Tindakan Dr Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi Dr Mahathir juga perlu bertanggungjawab kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah di ketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
 
Malahan banyak tindakan Gani semasa Dr Mahathir menjadi PM dahulu menunjukkan yang Gani itu hanyalah ‘conduit’ kepada kemahuan dan kehendak Dr Mahathir sendiri.
 
Sekarang isu terhadap Gani semakin hari semakin menggunung tetapi Perdana Menteri Najib tidak mengambil apa-apa tindakan susulan terutama dalam isu kehadiran dua pegawai tinggi AS dalam pejabat Peguan Negara itu sekarang. 
 
Walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi sasaran intipan AS tetapi Gani tetap bersama dua pegawai kanan AS di dalam pejabatnya itu.
 
Bukan sahaja Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara sendiri hanya mendiamkan diri dan tidak nampak tindakan yang di lakukan beliau sehingga hari ini. Isu ini bukannya isu yang kecil untuk di diamkan begitu sahaja. 
 
Apa masalah yang mereka hadapi sehingga mereka tidak berkata-kata langsung di dalam rakyat sedang memerhati tindak laku pimpinan yang rakyat begitu tidak meyakini sekarang ini.
 
Bagi orang ramai Gani sepatutnya tidak lagi perlu berada di sana dan sebaik-baiknya ialah dengan berehat dan seterusnya mengundurkan diri sementara penyiasatan di lakukan ke atas beliau dalam semua tuduhan terhadap beliau itu. 
 
Jawatan itu adalah jawatan penting untuk sebuah demokrasi kita. Jika tidak di lakukan apa yang sepatutnya, maka tidak lagilah berhak untuk kita mengaku yang negara kita sebagai negara demokrasi.
 
Najib dan Zahid sepatutnya keluar dengan tindakan yang jelas untuk menyelesaikan isu ini. Berdiam diri adalah pengakuan terhadap berlakunya isu-isu itu. 
 
Bagi pihak ramai sekarang ini jika perkara seperti ini tidak dapat di selesaikan oleh pucuk pimpinan kita, desakan untuk mereka meletakkan jawatan sememangnya sudah lama kita dengari. Mereka sepatutnya mengangkat tangan kepada rakyat tanda menyerah diri di atas kelemahan mereka menghadapi isu yang begitu besar bagi negara ini.
 
Percayalah nasib dan keselamatan negara bergantung kepada ketokohan pimpinan menangani isu yang sangat besar kepada rakyat dan mana-mana negara sekali pun. Jika pimpinan tidak mempunyai tulang belakang, mereka sepatutnya bersara. 
 
Jangan menyusahkan rakyat kerana ketidak-mampuan mereka memimpin kita. Walaupun dalam barisan kepimpinan Tertinggi Umno sudah tidak punya kepimpinan, ramai lagi pemimpin Umno dan dari luar Umno boleh mengambil alih untuk menyelesaikan semua masalah  yang kita hadapi sekarang.
 
Blog ini tidak pernah lupa menyeru agar Umno menukar kepimpinannya serta merta dan tidak boleh berlengah lagi. 
 
Jika Umno sudah tidak lagi mampu untuk melakukan perubahan itu maka parti-parti dalam BN wajar melakukan tindakan perubahan ini jika mahukan BN itu masih relevan sehingga satu jangka yang lebih panjang lagi.
 
Masalah dengan BN hanya satu, iaitu masalah kelemahan kepimpinan Umno. Umno itu parti yang menunjangi BN, jika Umno menjadi lemah maka BN itu sendiri akan rebah dan akan berakhir usianya. 
 
Umno tidak mampu melakukan pembetulan untuk mereka sendiri kerana semua yang berada di dalam barisan kepimpinan iaitu Majlis Tertingginya itu tidak ada yang berkelayakan untuk melakukan perubahan dan pembetulan diri sendiri itu.
 
Selagi barisan kepimpinan Umno yang ada dalam Majlis Tertinggi ini masih tidak mahu akur tentang hakikat kelemahan mereka selagi itulah politik tanahair kita tidak akan selesai. 
 
Isu-isu besar yang sedang kita hadapi hasil dari kelemahan dan ketidak ada hala tujuan yang jelas sebagai pemimpin sebuah negara ini, amat menakutkan rakyat yang sedar tentang bahayanya. Isu besar bertimbun-timbun, lepas satu isu timbul isu-isu lain. 
 
Belum selesai isu lama isu-isu yang baru datang sebagai arus air yang amat deras yang akhirnya akan menganjak dan mengalih asas kepimpinan negara kita dan perjuangan rakyat dalam mengisi kemerdekaan yang telah kita capai sekian lama itu.
 
Jika dihalusi sebab yang menyebabkan datangnya isu-isu yang menakutkan ini, ialah kerana Umno tidak pernah membina kepimpinannya sejak Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dahulu. 
 
Bahananya kita rasai selepas beliau meninggalkan teraju kepimpinannya.  Tidak ada usaha untuk pembinaan kepimpinan di zaman beliau menjadi PM dahulu menyebabkan kita terpaksa mewarisi pimpinan yang kosong jiwanya.
 
Pemimpin yang baik semuanya di bunuh secara beransur-ansur semata untuk memimpin bersama ‘yes men’ dan ‘yes sir’ di sekeliling beliau. Mahathir tidask pernah mahu ‘co-exist’ dengan pemimpin-pemimpin berwibawa yang beliau rasakan akan menjatuhkan  beliau.
 
Sesungguhnya Dr Mahathir itu walaupun kita mendengar kata-katanya sebagai seorang yang keras tetapi di dalam beliau itu adalah jiwa yang amat kecil dan jika hendak menjadi pemimpin yang berwibawa pada pandangan ramai, pemimpin-pemimpin yang beliau takutkan itu terpaksa di ketepikan dengan bebagai cara yang termampu oleh beliau lakukan.
 
Akhirnya Umno sebagai tunjang BN tiada kepimpinan lagi. Pemimpin di dalam Umno itu ramai tetapi tidak ada yang berkepimpinan. Itu sebabnya saya menyeru agar pimpinan parti-parti dalam BN itu wajar melakukan perubahan itu dan lakukanlah dengan secepat dan se segera yang mungkin demi menjaga keutuhan Malaysia yang kita cintai ini.
 
Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat. Jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah 'accountability' kerajaan.
 
Aspan Alias

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive