PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini
menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar
rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan
dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai
perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas.
Hakim Mohtarudin berkata, beliau dan Anwar "berkongsi besan" dan
berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu dalam
mana-mana kenduri.
"Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri," katanya.
Panel itu dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual
menengar rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu
dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin
menarik diri.
Seorang anggota panel ialah Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Hakim Balia berkata' rayuan itu akan didengar panel baharu Mahkamah Rayuan.
Anwar, 66, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
18 Januari tahun ini yang menolak permohonannya untuk membatalkan dua
pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Pada 22 Mei lepas, Anwar dituduh telah melanggar perintah mahkamah
dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran
Merdeka pada 28 April tahun lepas.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR
Cawangan Rembau Badrul Hisham Shaharin turut menghadapi pertuduhan
sama.
Mereka juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat dengan
tiga individu melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang
perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan, dengan
mereka didakwa menghasut R. Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @
Alias mengalihkan penghadang yang diletakkan pihak berkuasa di Dataran
Merdeka.
Anwar diwakili peguam Karpal Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Sinar Harian
Sabtu, November 23, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Pemimpin PH halang rancangan Dr M pecat Yeo, dakwa Chin Tong - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah bercadang memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar...2 jam yang lalu
-
Doakan saya memeluk Islam' - Ryan - Redzuan Muharamredzuan.muharam@hmetro.com.myKajang: "Saya tertarik untuk menimba ilmu dan mengkaji keistimewaan ajaran Islam. Saya cuba mencari maklumat di...5 jam yang lalu
-
Jangan Ambil Mudah Isu #KerajaanGagal.. - PETALING JAYA: Gerakan tanda pagar #KerajaanGagal yang sedang ‘trending’ di media sosial adalah perkara serius yang tidak boleh diambil mudah oleh kera...9 jam yang lalu
-
MALAYSIA TERUS DIMALUKAN DI ARENA A’BANGSA, PN CEMAR KEBEBASAN MEDIA - Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara, m...12 jam yang lalu
-
Polis Akan Mengeluarkan 'Kompaun' Terhadap Sekolah Yang Cetus Kluster Baharu COVID-19 - KUANTAN - Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur oper...12 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka (Sambungan). - *Bab Keempat (ii)* *MULA MENYEDARI TONSIL * AKU mula mengetahui aku diserang tonsil apabila suatu hari selepas makan tengah hari di sebuah restoran nasi...2 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

HAIRAN BETUL BUDAK KECIL KALAU BACA PUN AKAN BERTANYA PEGUAM APA JENIS NI.KES AL TANTUYA PATUT SEMUA PEGUAM BAIK YANG KERAJAAN MAU BUKAN KERAJAAN BERSATU MENYELESAI MASALAH ALATANTUYA INI.INI CERTA ANWAR HADIR PERHIMPUNAN HARAM.GELI BETUL LAH DENGAR MAKAMAH MACAM INI.ADA BAIK BERHENTI JADI PEGUAM KALAU RASA TAK MAMPU NAK BAWAK DIRI..BANYAK KES TAIP MAHMUB TIDAK DIDAKWA,RASUAH KAPAL SELAM,PKFZ DAH BANYAK SANGAT YANG TIADA JAWAPAN.APA NAK JADI MAJLIS PEGUAM MACAM NI
BalasPadamSdr tak benama 25 Nov 5.08 ptg,awak ke budak kecil yang nak ketawa?Atau awak yang perlu diketawakan!
BalasPadamYang mendakwa dan membuat rayuan atau tak dalam kes Altantuya,perhimpunan haram,Pkfz,Razak Baginda tu adalah Peguam Negara bernama Guni 4tahil,BUKAN Majlis Peguam.
Tanyalah Peguam Negara dan jangan kata Majlis Peguam.
Kalau tak tahu fakta tanya,kalau malu nak tanya jadi bodoh,Napa lah serlah kebodohan sendiri?????