Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, November 18, 2013

PKR sambut baik bahas hudud di Parlimen


SHAH ALAM -  Kesediaan kerajaan untuk menerima usul perbahasan mengenai hudud di Dewan Rakyat disambut baik oleh PKR.

Naib presidennya, Fuziah Salleh berkata, langkah itu perlu kerana hudud hanya boleh dilaksanakan selepas pindaan Perlembagaan dibuat.

“Jadi, untuk pinda, kita perlukan undian majoriti. Enakmen hudud di Kelantan tak boleh dilaksana selagi Perlembagaan itu tidak dipinda.

“Jadi, jika Shahidan cakap begitu, kita terima baik...kita bahaslah,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyebut akan menerima usul perbahasan mengenai hudud jika ada ahli Parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Fuziah sebelum itu ditanya berhubung pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Pendirian kami masih sama, tak pernah berubah,” katanya ringkas.

Menurut Fuziah, PKR kekal dengan pendirian yang pernah diutarakan oleh ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“PKR dah buat pendirian sejak dulu yang dibuat Anwar Ibrahim. Hudud adalah satu hukum yang tidak boleh kita tolak.

“Pendirian saya (peribadi) sangat jelas bahawa hukum ini ada dalam al-Quran, jadi, tak ada orang Islam yang boleh tolak. Tapi untuk laksanakannya itu ada banyak perkiraan lain yang perlu diambil,” katanya.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tahun lalu memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara Pas dan DAP dalam isu berkenaan.

Sinar Harian
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...