Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 16, 2013

Terbaik!!! Kerajaan Rakyat, Skim Tunas diterus dengan peruntukan RM3 juta

SHAH ALAM, 15 NOV : Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang menawarkan bantuan yuran sebanyak RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang layak akan diteruskan pelaksanaannya tahun depan dengan peruntukan sejumlah RM3 juta.

DSC_0560aExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata orang ramai yang berminat untuk menyertai skim itu tahun depan digalakkan untuk mendaftar segera di mana-mana cawangan tadika di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS).

Katanya, ia bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan dengan cepat bermula Januari 2014.

“Kita galakkan ibu bapa untuk segera mendaftarkan anak-anak mereka supaya bantuan itu boleh disalurkan dengan cepat ke mana-mana tadika yang berdaftar di bawah MPTS.

“Bantuan ini akan dapat meringankan bebanan ibu bapa berpendapatan rendah dalam memberikan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak mereka,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Cek Tunas di Foyer Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pagi tadi.

Antara tadika yang menerima skim itu adalah Taski Abim Al-Firdaus (Meru, Klang), Pasti An-Najwa (Sijangkang), Taska Perpaduan, Tadika Generasi Baru, Pra-sekolah Taman Medan dan Pra-sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Kampung Jawa, Klang.

Halimah berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.52 juta bagi keseluruhan pelaksanaan skim itu untuk tahun 2013, dengan 3071 penerima dicatatkan.

“Kita harap akan lebih ramai yang berdaftar di bawah skim ini kerana kerajaan negeri ingin membantu setiap rakyatnya menerima pendidikan yang sempurna,” katanya lagi.

Skim Tunas di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak tahun 2012 adalah bantuan yuran sebanyak RM 50 setiap bulan bagi anak daripada keluarga berpendapatan bawah RM 1,500 sebulan.

Bagi mereka yang layak dan memasukkan anak ke dalam tadika, bantuan itu dibayar terus kepada tadika yang berdaftar.

Pada 1 Mei lalu, kerajaan negeri bersetuju untuk melonggarkan syaratnya kepada keluarga berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
-EZY

Selangorkini

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...