Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, November 15, 2013

Pemuda Pas: Cuti mingguan Jumaat patut dilaksana


SHAH ALAM - Pemuda Pas Malaysia berharap cuti mingguan hari Jumaat dapat diselaraskan sekaligus dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Ketua Penerangannya, Dr Riduan Mohd Nor berharap cuti mingguan pada hari Jumaat dapat dilaksanakan kerana yakin produktiviti negara akan semakin meningkat di samping rakyat dan negara akan hidup dengan penuh keberkatan di bawah rahmat ALLAH.

“Hari Jumaat dijadikan sebagai penghulu segala hari dengan meraikan kelebihan serta keistimewaan berbanding hari lainnya.

“Dari segi praktikalnya, kebiasaannya hari Jumaat adalah hari singkat dan umat Islam terburu-buru untuk ke masjid bagi menunaikan tanggungjawab beribadah.

Produktiviti akan sedikit terjejas kerana singkatnya masa bekerja atau perkhidmatan.

“...sebaliknya jika hari Ahad adalah hari bekerja, pekerja tidak perlu terburu-buru mengejar waktu kerana Ahad adalah hari sama seperti lainnya. Waktu bekerja akan menjadi lebih efisien dan panjang berbanding sebelum ini,” katanya yang dipetik dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menyambut baik ura-ura kerajaan negeri Johor yang mahu mengembalikan semula cuti mingguan negeri kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2013.

“Pemuda Pas berharap ura-ura cadangan kerajaan negeri Johor mahu mengembalikan semula cuti mingguan negeri kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014 benar-benar terlaksana.

“...Pemuda Pas menganggap cadangan kerajaan negeri Johor amat baik dan wajar dilaksanakan. Umat Islam pastinya bergembira dengan keputusan tersebut kerana ia mampu mengembalikan syiar di negeri tersebut.

“Paling tidak, keputusan ini dapat memastikan umat Islam di negeri tersebut tidak terkecuali dapat melaksanakan ibadat yang wajib serta memuliakan penghulu segala hari serta tidak ada alasan bagi umat Islam lari dari menunaikan tanggungjawab terhadap agamanya sendiri,” katanya.

Sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive