Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, November 18, 2013

Najib takut tegur Obama - Anwar Ibrahim..


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak berani membuat kenyataan bagi menegur Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu pengintipan.

Katanya, Malaysia sehingga kini hanya satu kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Perdana Menteri dilihat masih "mendiamkan diri".

"PM tak berani keluar kenyataan menegur kebiadaban dan keterlanjuran yang dilakukan oleh AS," katanya ketika membangkitkan isu pengintipan AS yang didakwa berlaku ke atas beberapa negara termasuk Malaysia pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Wisma Putra bertindak memanggil Duta Besar (AS) ke Malaysia Joseph Y Yun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia Miles Kupa untuk menyerahkan nota bantahan sebagai reaksi tindak balas berhubung aktiviti risikan yang dijalankan kedutaan  mereka di Kuala Lumpur

Sementara itu, memetik laporan The Malaysian Insider, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat dua orang ejen agensi perisikan AS  di Pejabat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Kita masih menunggu penjelasan. Saya hairan kenapa isu ini tidak dibangkitkan hari ini terutama dari ahli Parlimen Umno.

"Jika bukan pegawai, apa tugas dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara?" katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut memberikan contoh tindakan berani Presiden Brazil, Dilma Rousseff  membatalkan lawatannya ke AS sebagai membantah berhubung dakwaan berlaku pengintipan di negara itu.

"Presiden Brazil sendiri telah membatalkan lawatannya ke AS termasuk pertemuan dengan Presiden Barack Obama," katanya.

Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...