(ADMIN) KERAJAAN MALAYSIA DI NASIHATKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD... JOM DENGAR HUJAH INI..
Hudud: Pengajaran terbaik jauhi jenayah
SHAH ALAM – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) melihat perlaksanaan hudud perlu bagi memberi peringatan dan pengajaran buat masyarakat supaya tidak terlibat dengan jenayah.
Presidennya, Musa Awang berkata, dari segi konsep hukumannya wujud bertujuan untuk menggerunkan masyarakat daripada melakukan kesalahan.
“Sebenarnya masyarakat tidak perlu bimbang jika hudud ini dilaksanakan kerana biarpun hukumannya berat namun ia cukup sukar untuk dibuktikan dan dijatuhkan kepada tertuduh.
“Namun hukuman ini perlu ada kerana ia akan menjadi pengajaran terbaik dan mengingatkan masyarakat untuk menjauhi jenayah dan seterusnya negara menjadi lebih aman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, terdapat dua perkara membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman hudud kepada pesalah.
“Hukuman hudud boleh dikenakan sekiranya tertuduh mengaku melakukan kesalahan tersebut dan satu lagi adalah empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian yang berlaku.
“Jika kedua-duanya tiada maka tertuduh itu akan menerima hukuman yang sedia ada pada hari ini bukannya hudud,” katanya.
Selain itu, Musa berkata, masyarakat bukan Islam juga tidak perlu risau kerana tidak terlibat dalam perlaksanaan hudud ini.
“Sebesar mana pun kesalahan mereka, masyarakat bukan Islam tidak akan dikenakan hukuman hudud. Jadi mereka tidak perlu takut,” katanya.
Sinar Harian
Assalamualaikum,
BalasPadammaaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu tentang sebuah posting yang hot & juga info yang amat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.
Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html