Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, November 22, 2013

'Izin ALLAH DAP menang' - Pemuda Pas Melaka

PETALING JAYA - Mahu Pas melihat kembali strategi dalam berpolitik, wakil Pemuda Pas Melaka berkata, DAP di negeri itu tetap menang enam daripada lapan kerusi Dun yang ditandinginya walaupun tidak menempah bendera parti pada PRU13 yang lalu.

"Teguran dibuat melalui saya mengenai sikap strategi kita pada PRU13.

"Di laman sosial, ahli Pas terlalu leka bermain dengan simbol, bendera dan sebagainya... Ia berlaku di peringkat cawangan," ujar Azizan Lim.

"Tapi bila kita minta senarai rumah yang atas pagar untuk kita pergi, gagal nak bagi," katanya lagi.

Tambahnya, "kalau kita rajin pasang bendera pukul 2 pagi, 3 pagi tapi bila nak turun padang esok, sorang pun tak boleh bangun untuk ke rumah-rumah... cari orang-orang daif untuk kita jumpa."

Memuji usaha yang dilakukan parti sekutunya, DAP, Azizan berkata, dengan usaha, strategi yang betul dan izin ALLAH, maka kemenangan memihak kepada yang berhak.

"Siapa yang menjayakan DAP? ALLAH yang menjayakan mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa DAP mempunyai satu sikap sunatullah yang lebih berbanding Pas.

"Dalam perkara ini, pada pandangan kami DAP ada satu sikap sunatullah lebih berbanding kita.

"Dia berusaha dia berjaya. Siapa pun berusaha boleh berjaya. Pelajar nak SPM, kalau tak belajar hanya baca Yasin saja, boleh berjaya ke?," soalnya.

Sinar Harian.

1 ulasan:

  1. setuju....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ...pas pun mesti ikut ber"USAHA" untuk capai kejayaan .... mana cawangan...??? mana ahli ...??? ... mengapa ramai ahli yang masih 'takut' untuk mengaku yang mereka adalah ahli pas...???

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...