Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 16, 2013

Amaran jangan hadir program Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Satu notis berbunyi amaran dikeluarkan oleh kerajaan agar pelajar Malaysia di Australia, "menjauhi" program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), merujuk kepada program sesi awam bersama Anwar di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ yang dijadual berlangsung di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober ini.

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog dengan hadirin pada program tersebut.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

HarakahDaily

1 ulasan:

  1. Boleh ikat kaki dan tangan, jahit mulut dan lidah sebagai " kaum kafir Quraish dalam taktik kotor mereka untuk menghentikan perjuangan Rasulullah.S.A.W " tapi mereka TIDAK DAPAT MENGUNCI DAN MERANTAI SELURUH HATI DAN PERASAAN DARIPADA PENDUDUK MEKAH MEMELUK ISLAM !!!!! Sehingga lah iblis datang menjelma kononnya mewakili kaum bani nadzir, satu kaum yang yang hidup di pinggir kota Mekah ketika itu, merancang " Pembunuhan Rasulullah S.A.W " Dan Allah mengirim Malaikat Jibrail memaklumkan kepada Rasulullah S.A.W untuk berhijrah ke Kota Madinah !!! kerajaan Malaysia sekarang ni WALLAHI !!! tak akan mampu membendung gelombang kebangkitan rakyat Malaysia menuntut kembalikan kepada HAK KEPADA YANG BERHAK !!! sebab petikakan maksud sebuah hadith " tunggulah saat kebinasaanya apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang BUKAN empunya ahli nya "!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...