Calon PAS DUN Guai lapor kepada SPR Pahang berhubung Borang 14
Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang berkaitan salah laku ketua tempat mengundi (KTM) yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan Raya 2013 lalu kepada agen-agen parti mereka.
Dalam laporan tersebut beliau menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan Rasmi itu di kerusi DUN Guai pada 5 Mei lalu dan tiga kes berlaku iaitu di saluran 6 pusat daerah mengundi (PDM) Purun, saluran 5 PDM Kumai dan saluran 4 PDM Bukit kepayang.
Timbalan Yang Dipertua PAS Bera yang juga calon bagi DUN Guai, Musaniff Abdul Rahman berkata, peruntukan undang-undang tersebut membuktikan kesalahan yang dilakukan KTM adalah serius.
“SPR jangan hanya sebut undang-undang dalam buku tetapi mestilah diamalkan. Ada kemungkinan petugas SPR kurang mendapat latihan cukup sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar KTM,” kata Musaniff dipetik dari laporan Harakahdaily.
“Akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah berkemungkinan keputusan undi boleh diubah. Kecenderungan untuk menukar keputusan itu memang ada apa lagi semuanya berlaku kepada saluran pengundi muda,” tambah beliau lagi.
Merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan hukuman penjara tidka lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) Akta Kesalahan Pilihan Raya. – 30 Jun, 2013
TheMalaysiaInsider

KOTA BHARU:
Jawatankuasa Himpunan Aman Blackout 505 perlu mengkaji untuk menambah
ruang tuntutan pada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih telus
sempena PRK Kuala Besut akan datang.

SEGAMAT:
"Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak
bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu
disekat?"
"Justeru
itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau
pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,"
tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun yang ditujukan
kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.
Datuk,
mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS
tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik
bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan
ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang
ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

KUALA LUMPUR:
Keengganan kepimpinan SPR meletak jawatan seolah-olah memaksa rakyat
berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu, kata Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub.