Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 29, 2011

TNB: Untung susut 84 peratus, kerugian suku ke-4 RM453 juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt ― Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa ekoran kekurangan bekalan gas dialami oleh syarikat itu.
Sehubungan itu, keuntungan bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2011 merosot 84 peratus kepada RM499.5 juta berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2010.

Dalam kenyataan pada sidang media hari ini, kumpulan itu berkata, keadaan itu telah menyebabkan pertambahan kos bahan api RM2.1 bilion ekoran kekurangan bekalan gas, sekali gus memaksanya menggunakan minyak dan sulingan yang berharga tinggi untuk menjana tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, beliau berpandangan bahawa akan menjadi satu cabaran bagi Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi dan ekoran penggunaan bahan api ganti yang mahal, keputusan suku pertama tahun kewangan semasa syarikat utiliti itu juga dijangka sama sebagaimana dialami pada suku keempat tahun kewangan lalu.
Katanya, TNB sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai soal mendapatkan pampasan daripada Petronas.
“Pampasan dalam bentuk tertentu diperlukan,” kata Che Khalib.TheMalaysiaInsider

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Gandakan KWSP Anda Dengan Pelaburan Bijak TerKini!!! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...