Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 21, 2011

Sabah, Sarawak Akan Di Pinggirkan UmnoBN - DSAI


Anwar dakwa Sabah, Sarawak akan terpinggir


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertikaikan peruntukan Bajet 2012 kepada Sabah dan Sarawak, di mana bajet terdahulu, tidak dinikmati rakyat dua negeri itu.

Anwar berkata, bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai ‘kegembiraan sekejap’ dan ia adalah ulangan daripada tahun sebelumnya.

“Jika melihat secara terperinci, hampir keseluruhan pembangunan dijanjikan untuk kedua-dua negeri itu masih belum ditunaikan, malah dalam pembentangan bajet baru-baru ini kerajaan sekali lagi berjanji.

“Hakikatnya tiada perubahan berlaku dan perkara ini berterusan dalam pembentangan bajet akan datang,” katanya.
Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dengan menjadikan sebahagian daripada rakyat dari beberapa negeri sebagai anak tiri.

Beliau berkata, pembangunan ataupun projek di kedua-dua negeri itu, hanya berlaku di kawasan tertentu.
“Bajet adalah hak rakyat dan ia perlu diserahkan kepada mereka,” katanya.SinarHarian 

Digital Al-Quran Untuk Dijual...

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...