Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 18, 2011

Beri IC segera, KDN Dan Menteri Bodoh!!!! Jangan Lepas Tangan- Azmin Ali


KUALA LUMPUR 17 Okt: Kementerian Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap pemberian kad pengenalan segera kepada 240 warga asing di Putrajaya, minggu lalu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyerahkan dakwaan itu kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambaibaik pilihan raya.

“KDN adalah salah satu kementerian yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan. Bukan PSC yang hanya boleh memberikan cadangan sahaja. Jadi dia (Hishamudin) kena jawab dulu, jangan lepas tangan,”

“KDN perlu bertanggungjawab dan jangan ambil jalan mudah,” kata Azmin.
Menurut Azmin, PSC memainkan peranannya selaku jawatan kuasa khas menyiasat dakwaan tersebut, namun agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara, perlu bertanggungjawab.

“Pihak KDN, Suruhanjaya Pilihan Raya  serta Jabatan Pendaftaran Negara yang akhirnya perlu bertindak dan bukan PSC,” katanya ketika ditemui Keadilandaily.

Ahli Parlimen Gombak itu turut membidas alasan kerajaan bahawa 240 warga asing berkenaan kononnya diberikan Kursus Keusahawan.

“Usahawan kita, IKS pun belum lagi dapat peluang kursus keusahawan dan mengapa kita nak melatih orang asing? Mereka adalah golongan pekerja dan yang tidak perlu pun latihan yang komprehensif. Mereka adalah buruh asing yang membantu dalam pembangunan negara,” tegasnya.

Azmin turut menjawab dakwaan Hishamuddin yang berkata Pakatan Rakyat selalu membuat dakwaan yang tidak berasas dan berunsur politik.

“Bukti yang telah kita kemukakan asalnya dakwaan, akhirnya terbukti benar. Ini kerana SPR sebelum ini pernah mengaku terdapat 40 ribu nama yang meragukan dalam daftar pengundi.

“Sebelum ini Hishamuddin berkata akan mengunakan platform yang lebih meluas  seperti apa yang diwujudkan melalui jawatankuasa ini untuk menjawab setiap tuduhan yang dibangkitkan,” katanya.

Pemuda PAS minggu lalu dilaporkan mengepung sekumpulan 240 orang pendatang asing, kebanyakannya warga Bangladesh, Indonesia dan Kemboja, yang dibawa dengan  tujuh buah bas ke Putrajaya.

Bagaimanapun, bas membawa pendatang asing itu bertukar hala menuju ke sebuah resort selepas maklumat itu dibocorkan.KeadilanDaily

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!! 

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI
    

2 ulasan:

  1. Perangai pemimpin UMNOYAHUDI.Dahlah REZAB TANAH MELAYU
    tergadai kini NEGARA pula nak digadai.Kepada ahlix UMNO
    yang masih berakal,lu orang fikirlah dengan waras.Kita
    dahlah hidup macam ayam cari makan tapi pemimpin lu orang
    senangx menjadi pengkhianat negara.Cukuplah lu orang
    diperbodohkan dari dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  2. Minta jawatankuasa PR memperbanyakan kempen dan ceramah bagi persediaan PRU 13 akan datang. Penceramah-penceramah mesti terdiri daripada tokoh-tokoh yang hebat spt YB DSAI, Mat Sabu dan ADUN Sekinchan YB Ng Sue Lin. Banyak fakta dan Salahlaku Penyangak BN spt Siapa tauke judi Genting Highland sebenar selain Mendiang Lim Goh Tong, isu Banglo Khir Toyo(l)yg dibongkar oleh YB Sue Lin, pembelian cincin berharga RM 24 juta dengan menggunakan wang rakyat mesti diberitahu dan diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...