KUALA   LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa  ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim.
Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu.
Perdana  Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula  dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010  dan separuh tahun pertama 2011. 
Kata Anwar,  beliau (Najib) hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa  perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi  negara-negara pesaing di rantau ini.
"Prestasi  pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding  dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan enam kali  ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana  nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya  nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah,”  katanya ketika membahas belanjawan 2012 di parlimen hari ini. 
Beliau  merujuk kepada laporan “FDI Global Outlook Report” yang diterbitkan  oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011. 
Dalam  laporan itu Malaysia tidak termasuk dalam senarai.
Sebaliknya  lima negara dalam senarai teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan   adalah China, India, Singapura, Australia dan Thailand.
Malah  kata Anwar lagi, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam  adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah  RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.
"Jika  Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi  tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan  Australia,” katanya.
Tambahnya, jika Malaysia  ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan  dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.
”Oleh  itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang  dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran  keseluruhan kedudukan ekonomi negara. Sebab itu  mungkin, Perdana  Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang  semakin meruncing. 
 "Jumlah hutang negara yang  telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi  Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah  Malaysia,” katanya.
Laporan Majlis Kewangan Negara  2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara  tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan  untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga  mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.TVSNEWS 
Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!
Menyokong Perjuangan DSAI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...