“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO  yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan  sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media  di Parlimen.
Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang  dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara  kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.
Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham  berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang  dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Minggu lalu, Anwar mencabar Perdana Menteri  yang juga menteri kewangan supaya berdebat secara terbuka berhubung  kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentangkan, 7 Oktober lalu.
Belanjawan berjumlah RM232 bilion itu  menerima kritikan hebat, berikutan pendapatan negara pada masa ini tidak  dapat menampung hutang kerajaan yang mencecah RM437 bilion.
Pakatan Rakyat juga percaya berdasarkan  realiti ekonomi, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang  disasar Najib juga sukar untuk dicapai.
Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan  mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012  pula terbatas disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) kepada  55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Enggan menerima hakikat itu, Najib  sebaliknya menyelar Belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya  gagal memahami kehendak rakyat keseluruhan, meskipun belanjawan sebanyak  RM220 bilion yang ditawarkan berupaya mengekang defisit negara pada  kadar 4.4 peratus daripada KDNK.
Belanjawan Pakatan mampu menjimatkan RM14  bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada  kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus  nilai tambah.
Sebelum ini, Najib enggan menerima pelawaan  debat Anwar bagi menjawab kritikan beliau terhadap Buku Jingga, satu  dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menawarkan faedah ekonomi kepada  rakyat terbanyak.KeadilanDaily
Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...