Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 11, 2011

MB Abdul Khalid Terus Teraju Selangor: Anwar

KUALA LUMPUR, 10 OKT : Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tiada cadangan daripada pihak parti untuk menggantikan tempat Khalid.

Anwar berkata demikian kepada wartawan di lobi Parlimen apabila diaju pertanyaan mengenai kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ini dibangkitkan soal yang dilaporkan kononnya ada usaha untuk minta diganti Tan Sri Khalid ini. Ini cerita tahun pertama  tentang cara pengurusan Tan Sri Khalid yang agak tegas dan sebagainya,”katanya.

Anwar tidak menolak menerima beberapa pandangan dikemukakan tetapi ia diselesaikan secara demokratik.

“Ahli-ahli boleh bantah, boleh minta cadangan, boleh minta ganti, baik ketua umum, presiden, menteri besar.

“Tetapi perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan sekarang ni kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar,”katanya.

Sebuah portal berita hari ini  mendakwa PKR Selangor mahu  Khalid diganti sebagai Menteri Besar setelah mendapat protes daripada sejumlah Adun PKR negeri itu.TVSNEWS



Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

"viagra" semulajadi..(video)

Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!! 

Menyokong Perjuangan DSAI
    

1 ulasan:

  1. Ketegasan n ketulusan dlm memikul amanah rakyat adalah penting. Sekiranya khalid dpt menjalankannya dgn baik n jujur elok le diteruskan lagi. Mungkin sesetengah org yg kurang suka dgan cara dia saja yg minta agar ditukar pucuk pemimpin lain. Mudahan khalid cekal n tabah serta dirahmati Allah atas kebaikan beliau.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...