Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan sepina Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tampil sebagai dalam perbicaraan kes liwat, pihak pembelaan hari inimemutuskan untuk tidak memanggil dua lagi saksi.
Tindakan yang mengejut ini disahkan hari ini oleh peguam Anwar, Sankara Nair.
"Kami telah memaklumkan kepada pihak satu lagi (pendakwaan) berhubung keputusan itu.
"Tidak ada gunanya memanggil kedua-dua mereka kerana mahkamah tidak membenarkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk tampil," katanya ketika dihubungi.
Perbicaraan dijadualkan bersambung Isnin ini.
Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak sepina yang menuntut pasangan itu untuk hadir sebagai saksi pembelaan.
Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. MalaysiaKini
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...