Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 14, 2011

Terbukti!!!!!!! Utusan Umno Bapak Penyebar Fitnah..!!!!

Utusan diarah bayar pada MP Shah Alam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menagrahkan pengarang dan penerbit Utusan Malaysia supaya membayar RM60,000 kepada anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memfitnah dalam laporan muka depannya dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham yang mengumumkan jumlah yang perlu dibayar oleh Utusan dan penerbit Utusan Melayu (M) Bhd.

Mahkamah Tinggi pada 30 September lalu mendapati Utusan bersalah memfitnah Khalid setelah plaintif (Khalid) berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuatturun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid menamakan Utusan dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Khalid mendakwa, pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.MalaysiaKini

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...