Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 19, 2011

Fitnah Liwat II: Ketiadaan Tandatangan Tak Disiasat - Penipuan Semakin Terbongkar!!!


Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini beliau tidak menyiasat kenapa hanya seorang pakar bedah menandatangani laporan perubatan berhubung pemeriksaan perubatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dua pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pemeriksaan itu pada hari Anwar ditahan pada 16 Julai, 2008.

NONESuperintendan Judy Blacious Pereira, saksi pematahan kedua pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar berkata beliau berpendapat bahawa penyiasatan itu tidak penting kepada kes itu.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan peguam utama Anwar, Karpal Singh semasa pemeriksaan balas bahawa kedua-dua doktor, Datuk Dr S Jeyaindran dan Dr Ee Boon Leong, selepas memeriksa Anwar, sepatutnya menandatangani laporan itu untuk ia diterima sebagai eksibit dalam perbicaraan jenayah.

Saksi itu juga memberitahu mahkamah, salinan laporan yang ditandatangani oleh Dr Jeyaindran telah diserahkan kepada seorang lagi peguam bela Anwar, SN Nair, pada 24 Disember, 2009, atas permintaan peguam itu tetapi salinan kedua yang ditandatangani oleh kedua-dua pakar perubatan tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Karpal, Supt Judy, yang kini bertugas di bahagian perundangan dan pendakwaan di Ibu Pejabat Polis Persekutuan (Bukit Aman), menegaskan salinan yang diserahkan kepada Nair dicap dengan perkataan "sulit".

azlanSemasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Judy memberitahu mahkamah yang beliau membawa Anwar, diiringi peguamnya R Sivarasa, ke HKL pada kira-kira 8.30 malam, 16 Julai, 2008.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang beliau menyerahkan dua dokumen kepada doktor berkenaan -- satu dikenali sebagai Pol 59 (permohonan untuk mengambil sampel) serta surat permohonan untuk melakukan pemeriksaan fizikal ke atas Anwar.

Sementara itu, Dr Jeyaindran, saksi pematahan keempat, memberitahu mahkamah bahawa selain pemeriksaan fizikal, polis juga memintanya dan Dr Ee mengambil sampel calitan pada badan dan sampel darah daripada Anwar untuk menyiapkan penyiasatan mereka.

Dr Jeyaindran berkata beliau telah menjelaskan kepada Anwar tujuan pemeriksaan perubatan itu.

Pada ketika itu, Karpal mencelah dan memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneruskan keterangan itu secara tertutup.

 - Bernama

Kongsi2u Mesin Wang Untuk Anda..!!

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Menyokong Perjuangan DSAI
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...