KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.
Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.
Menurut seorang rakan yang mengenalinya, Saiful merupakan seorang yang gila kuasa, sukakan publisiti dan bercita-cita besar dalam politik. Malah katanya, sepanjang beliau mengenali Saiful, pemuda itu juga memiliki sifat panas baran.
“Saiful ini seorang yang panas baran dan sejak universiti lagi dia memang orang yang bermatlamat (dalam politik),” ujarnya yang pernah tinggal berhampiran pangsapuri yang didiami Saiful.
Katanya lagi, Saiful sendiri pernah menceritakan keterujaannya apabila bertemu dengan pemimpin politik tertentu.
“Dulu dia (Saiful) teruja lepas jumpa orang atasan tertentu, katanya senang, lepas ni kalau ada ‘connection’ masa depan lebih cerah,” katanya.
Menurut sumber terdekat yang lain, personaliti Saiful berubah selepas menang dalam pemilihan perwakilan pelajar di Uniten.
Sumber itu mengatakan Saiful juga sukar dihubungi kerana kerap tidak hadir ke kelas, dipercayai kerana masalah peribadi.
Ketika ditanya apakah mudah untuk perwakilan pelajar bertemu ahli politik, sumber itu berkata ia adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang rakyat biasa seperti Saiful.
“Mustahil untuk rakyat biasa nak bertemu mana-mana Menteri inikan pula Perdana Menteri. Paling kuat pun kalau dapat jumpa hanyalah pegawai khas,” kata beliau.
Minggu lalu, peguam bela Datuk Seri Anwar menampilkan bekas rakan sekampus Saiful, Mohd Najwan Halimi yang mendedahkan watak sebenar pengadu itu di mahkamah.
Dalam keterangannya, Najwan memberitahu Saiful merupakan pemimpin pelajar yang gilakan publisiti dan penyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum memohon bekerja di pejabat Ketua Pembangkang.
Menurut Najwan, Saiful sangat benci kepada Anwar malah telah memuat turun gambar Ketua pembangkang itu di laman sosial Friendster dengan meletakkan kapsyen ‘Anwar pemimpin munafik’.
Najwan juga meberitahu mahkamah, Saiful juga banyak bergambar dengan pemimpin Umno-BN seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Saiful sebelum ini pernah bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008.
Ketika kes ini pertama kali mendapat liputan meluas media, Najib menafikan beliau berjumpa dengan Saiful sebelum mengakui ada bertemu pemuda itu menerusi pegawai khasnya, Khairul Anas.
Pada mulanya, Najib memberikan alasan Saiful datang memohon biasiswa bagi membiayai pengajian dalam kursus latihan penerbangan meskipun Saiful tidak menghabiskan pengajian di Uniten.
Kemudian Najib memberitahu bertemu saiful empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.KeadilanDaily
Video Najib Tipu Rakyat 1 Malaysia... jom layan......
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Senarai Blog...Geng
-
Polis temui 12 mayat ditanam berhampiran kuil di Bangkok - AGENSIPihak berkuasa memeriksa mayat yang ditemui selepas penggalian semula perkuburan di kawasan kontroversi berkaitan keagamaan atau monastik di daerah C...4 minit yang lalu
-
-
HASSAN KARIM BAKAL DIGANTUNG KEAHLIAN PKR? - Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang lantang bersuara, Hassan Karim mengesahkan beliau sudah mengadap Lembaga Disiplin parti semalam. Katanya, beliau disi...4 jam yang lalu
-
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan Kelantan Hingga Sabtu - *PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri di Semena...23 jam yang lalu
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 minggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 bulan yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com4 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...6 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Oktober 11, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
macam perangai bik mama aje....
BalasPadamKalau baran macam mana duburnya, 'MACAM-MACAM ADA'. Dan kalau baran, kenapa dia tak hempok je Anwar seandainya perkara seumpama itu berlaku.
BalasPadam