Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 16, 2011

DSAI - Gantung Kami Tidak Ikut Peraturan..!!

Anwar : Penggantungan Kami Tidak Ikut Peraturan Parlimen

KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen lain yang digantung daripada menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat bermula Disember lalu mempertahankan pendirian bahawa mereka berhak untuk diberi peluang membela diri.

"Kami masih berpendirian bahawa penggantungan itu tidak adil dan tidak menepati peraturan parlimen kerana tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan dalam memberi penjelasan mempertahan dan membela diri kami dan ini satu perkara yang tidak adil dalam parlimen Malaysia,"ujar Anwar pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Anwar digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendedahkan campur tangan Apco, sebuah agensi perhubungan yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dalam idea 1 Malaysia, Najib Razak.

Manakala ahli parlimen lain seperti Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah pula diarah keluar Dewan kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkan pemimpin utama pembangkang diberi hak mempertahankan dirinya.

Kini setelah tempoh enam bulan berlalu, Anwar dan rakan-rakannya yang kembali menjalankan amanah rakyat dan menegaskan tindakan menggantung mereka tanpa memberikan ruang membela diri bertentangan dengan peraturan parlimen.

Sementara itu, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali menyifatkan tindakan menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mudah menggambarkan amalan demokrasi yang semakin terhakis dalam parlimen Malaysia. 

"Penggantungan ahli parlimen ini tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada dan kita dapat melihat bahawa pimpinan hari ini (BN) tidak lagi berpegang kepada prinsip dan juga peraturan dan masih menggunakan kuasa majoriti mudah dalam Dewan untuk menafikan kesemua hak-hak yang telah dijamin dalam perlembagaan Dewan Rakyat ini,"katanya.

Namun katanya, walaupun prinsip demokrasi tulen semakin terhapus dek sikap pemimpin-pemimpin kerajaan, ahli parlimen Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha keras demi mempertahankan suara rakyat marhaen.

Anwar bersama Karpal Singh, Azmin dan Sivarasa tiba di Parlimen sekitar jam 10 pagi tadi yang disambut meriah oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Pada sidang media yang sama, Anwar memberitahu beliau bersama-sama ahli parlimen Pakatan Rakyat lain akan membangkitkan isu peruntukkan tambahan sebanyak RM 13 billion yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat pada minggu hadapan di Dewan Rakyat.
        
"Tatkala membahaskan perkara ini, harga barang naik dan perbelanjaan suku tahun pertama sudah mencapai RM 13 billion, ini tidak pernah berlaku, ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku dalam pentadbiran kewangan negara kita dan kita akan meneliti perkara ini untuk dibahaskan dalam parlimen minggu depan,"ujar Anwar.TVSNEWS
 
Iklan Penaja
 
    

1 ulasan:

  1. negara ini memang telah terhakis sifat demokrasinya.....agensi penguatkuasa negara seperti pdrm , sprm , kehakiman , spr telah dijadikan alat untuk melaksanakan penghakisan demokrasi di dalam negara ini dan penyakit ini kini telah mula menjangkiti agensi ROS .Kita tunggu lah saat kehancuran negara ini selagi umno dan pemimpin mereka yang jahat ini terus memerintah!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...