Sabtu, Jun 18, 2011

Tuduhan Melulu!! Rais Bakal Di Saman..!!

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengaitkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaan ada kaitan dengan himpunan Bersih sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan tanpa menampilkan sebarang bukti itu adalah cubaan memberi gambaran buruk terhadap himpunan aman Bersih 9 julai ini.

"DPPM kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang Menteri berkelakuan begini," katanya.
Semalam Rais mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan menteri itu adalah cubaan mengalih perhatian rakyat dan menyembunyikan kelemahan kerajaan menangani pencerobohan penggodam itu sehingga beberapa maklumat dibocorkan.

"DPPM mencadangkan organisasi Bersih membuat laporan polis dan menyaman menteri ini diatas tindakan beliau," ujarnya lagi.

Pemuda PAS Pusat juga tegasnya mahu hasil siasatan terhadap serangan siber itu didedahkan kepada rakyat.

Ia kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber namun begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak.HarakahDaily

Iklan Penaja

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng