Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 01, 2011

Fitnah Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.
azlanPasukan pembelaan akan mengemukakan permohonan esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, butiran permohonan akan diberikan kepada wartawan esok.

"Prosedur memerlukan kita memfaikan usul dengan salinan penghakiman yang disahkan. Kami telah menulis kepada hakim pada 18 Mei memintanya tetapi hanya menerimanya hari ini,” katanya.

Pihak pembelaan berharap permohonan akan didengar pada Isnin depan sebelum perbicaraan bermula.

Bulan lalu, hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.

NONEHakim Zabidin juga berkata, beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Ini kali ketiga bagi Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan maran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

azlanKedua-dua permohonan itu ditolak.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...