Selasa, Jun 07, 2011

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar Bidas Najib Dan Muhyidin..!!!

Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan Di Bawah Umno, Kata Pemimpin PAS





SHAH ALAM 7 JUN : Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan  tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta  kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal  kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan.


Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek  oleh kerajaan  melengkapkan  syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan.


Mohamad Sabu berkata anggapan  Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan  minda  cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.


“ Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” beliau memberitahu TVSelangor.


Mohamad Sabu dan Mahfiz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan.


Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa , serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka.


“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan.  Sesiapapun yang memerintah akan buat projek,” kata Mohamad Sabu.


“Kalau Umno  anggap negara  kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan,” tambah beliau. “Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.


Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.
“Dia  bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu.TVSNEWS 

Komen : Syabas!!!! Mat Sabu Dan Mahfuz Dengan Pantas!!! Jawab Puak2 Umno Jahanam ni....

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng