16hb Jun 2011
Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.
Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby.
Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.
Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.
Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuat untuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.
Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan.
Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percaya jumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anak syarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.
Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalam pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.
Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato ‘Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.
Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato ‘Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Senarai Blog...Geng
-
MATI KATAK - Che Ibrahim Sampai hari ni ambo masih ragu ragu adakah betul mangsa Memali adalah "syahid ma'rakah" @ mati syahid dalam peperangan sehingga jenazah mer...Sejam yang lalu
-
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh - Shuhada Abdul KadirSekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampir...3 jam yang lalu
-
Wan Rosdy Harap Melaka International Halal Festival 2024 Buka Peluang Pahang Promosi Industri Halal - *KUALA LUMPUR:* Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 dapat membuka peluang...10 jam yang lalu
-
ZAHID HAMIDI SEKALI LAGI ‘SOUND’ ANWAR, TERBAIKLAH PRESIDEN UMNO!! - Sebelum ini, berikutan ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ingin menyertai PKR dan perbincangan mengenainya disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Pres...12 jam yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Khamis, Jun 16, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...