Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 09, 2011

Ibu pejabat PKR Terselamat buat masa ini


Pemimpin dan penyokong PKR di seluruh negara boleh menarik nafas lega buat seketika selepas lelongan awam bangunan ibu pejabat parti itu telah ditangguhkan.

Pada lewat petang semalam, satu notis telah dihantar ke bendahari PKR William Leong untuk menyatakan seseorang telah berjaya dalam permohonannya kepada mahkamah untuk menghalang bangunan itu daripada dilelongkan.

NONENamun, tidak ada sesiapa yang mengetahui siapa yang membuat permohonan itu.

“Ia bukan dibuat oleh kami. Besar kemungkinan orang itu pemilik bangunan ataupun seseorang yang bertindak bagi pihak pemilik bangunan,” kata Leong ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata boleh melihat dokumen dari mahkamah itu dan juga tidak mempunyai butir-butirnya.

Leong, yang juga seorang peguam berkata tidak semestinya hanya “pihak yang berkepentingan sahaja” yang boleh memohon injuksi seumpama itu.

“Tetapi ini juga tidak bermakna sesiapa pun layak untuk memohon injunksi.

“Mahkamah terbuka kepada semua pihak yang boleh memberikan penjelasan mereka bagi berbuat demikian,” katanya.

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata bank tidak dapat meneruskan proses melelong dua unit bangunan lima tingkat selepas injunksi itu diserahkan kepada mereka.

NONE"Dengan injunksi ini, saya dimaklumkan bahawa lelongan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Kami tidak tahu identiti pihak yang berjaya memperoleh injunksi itu. Apa yang pasti, ia bukanlah daripada kami (PKR)," katanya.

Sebelum ini, bank terbabit mengeluarkan notis lelongan selepas pemilik premis gagal membayar ansuran pinjaman selama lebih 30 bulan.

PKR ketika ini menyewa bangunan lima tingkat itu dengan sewa bulanan antara RM10,000 dan RM20,000 dengan tempoh pajakan enam tahun, yang masih berbaki tiga tahun.

Bangunan itu pada mulanya dijadual dilelong di pejabat pelelong berkenaan di Brickfields pada 2.30 petang ini.MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...