Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 22, 2011

Bersih 2.0 : UMNO dan BN seperti dirasuk Syaitan..!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Dr. Khalil Idham Lim didalam blognya berpandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah terbukti sebagai sebuah parti yang anti terhadap rakyat yang mahukan sebuah kepimpinan yang punyai daya saing dan berkebajikan.

Menurutnya, hakikat yang berlaku dari sudut ekonomi yang disebut-sebut sebagai membangun dengan begitu bangga cuma cakap kosong sahaja dan layak ditong sampahkan, buktinya Malaysia mengalami defisit kewangan selama 12 tahun berturut sejak 1998.

"Saya ragu dengan dakwaan kononnya ekonomi Malaysia berada pada tahap memberangsangkan jika difisit gagal ditangani selama tempoh itu.

"Sebenarnya ke mana pergi wang tunai Negara kita? Adakah semua wang itu sudah lesap? Pengurusan wang Negara yang bernilai billion ringgit yang tidak sistematik dan berkepentingan peribadi serta rasuah yang melampau oleh pimpinan UMNO dan BN dengan tidak mengambil kira soal hak rakyat telah menyebabkan keadaan wang negara amat tenat pada masa ini.

"Terkini UMNO dan BN saya lihat seperti orang yang terkena rasuk apabila isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan kegelisah pemimpin BN yang takutkan kepada tuntutan dan perubahan dari rakyat soal Pilihanraya.

"Saya juga melihat Pas dengan agenda Negara berkebajikan telah mengambil kira pelbagai aspek yang akan dipulihkan selepas PR berkuasa di Putrajaya.

"Namun yang resah dan gelisah adalah pemimpin UMNO dan BN yang cuma mengkritik untuk menutup kelemahan mereka sendiri yang terlalu ketinggalan dalam isu Negara berkebajikan.

"Saya kira UMNO dan BN perlu berehat untuk beberapa penggal dan beri laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, mereka (UMNO BN) terlalu lama memerintah dan tidak mampu berfikir seperti orang waras," katanya didalam blognya.

Kerajaaan UMNO dan BN yang diharap-harapkan rakyat selama 52 tahun ini telah menjadikan Negara berada pada tahap bahaya berisiko tinggi jika tiada perubahan pada PRU 13 ini.

Inilah masanya iaitu PRU13 dimana rakyat perlu bertindak dengan melantik kerajaan baru supaya negara boleh menjadi pemangkin kepada malaysia baru yang lebih aman dan makmur serta mementingkan soal kebajikan rakyatnya.

Kerana itu usaha menghalang Himpunan Bersih dan demokrasi yang adil adalah Isu yang membuktikan UMNO dan BN yang risaukan hilang kuasa dalam PRU akan datang.


Sumber daripada blog Cina Islam (Dr Khalil Idham Lim)

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...