Khamis, Jun 16, 2011

Polis Tidak Hormati Perlembagaan Negara.!!

Polis tak hormati Perkara 10 Perlembagaan


KUALA LUMPUR, 16 Jun: Pihak polis ternyata tidak menghormati perkara 10 Perlembagaan Malaysia, apabila berusaha keras menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dimohon memberikan penegasan terhadap kebebasan yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar jelas memperlihatkan sikap pihak polis berhubung perkara itu.
Menurut beliau, kenyataan itu dengan jelas menunjukkan pihak polis tidak menghormati perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengadakan himpunan secara aman tanpa senjata.

Katanya, ada pun perkara 27 Akta Polis (Akta 344) mengenai kuasa untuk mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan."Perkara 27 Akta Polis (Akta 344) bukannya bertujuan untuk menghalang kebebasan tersebut," katanya ketika membacakan memorandum yang diserahkan kepada pihak Suhakam di pejabat Suhakam, di sini, hari ini.

Memorandum Dewan Pemuda PAS Johor yang memohon semua pihak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata itu diserahkan oleh beliau pada jam 3.35 petang ini dan diterima oleh Pegawai Suhakam, Shahizad Sulaiman.Dalam memorandum yang diserahkan oleh beliau dengan ditemani beberapa orang AJK Pemuda PAS Johor itu, Suhaizan menegaskan, kenyataan Khalid berhubung perkara itu turut disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Khalid memberi kata dua bahawa polis tidak akan mengeluarkan permit, malah membekukan semua permohonan untuk mengadakan sebarang perhimpunan kerana dikhuatiri mengancam ketenteraman negara, mengganggu pergerakan sosial ekonomi, keadaan trafik dan menggugat aktiviti perniagaan.Menurut Suhaizan, kenyataan pihak polis itu jelas bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini dan ia sealiran dengan sikap pihak tertentu ke arah itu sehingga sanggup membuat laporan polis..

"Laporan-laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menggagalkan himpunan itu adalah suatu tindakan tidak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata."Dengan itu, Dewan Pemuda PAS Johor telah memutuskan untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Suhakam memohon kepada pihak Suhakam memberi penegasan terhadap kebebasan yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia," ujar beliau.

Sementara itu,Shahizad dalam reaksinya berhubung memorandum yang diterimanya itu menjelaskan, beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada pesuruhjaya untuk dibincangkan bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan.Tindakan tersebut akan dilakukan segera oleh beliau bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan oleh pihak Suhakam.HarakahDaily

Iklan Penaja

2 ulasan:

  1. aku apa peduli dengan ugutan pak polisi ni... kita duduk negara merdeka... hak kitalah untuk berhimpun secara aman... menghalang perhimpunan bersih bermakna menggalakkan perhimpunan kotor... jom ramai-ramai kita beri sokongan kepada bersih..

    BalasPadam
  2. Rakyat malaysia akan bersihkan kerajaan...Ayuh!!! turun beramai2 pada 9 july ni.....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng