Provokasi polis dan bantahan Umno terhadap perhimpunan aman itu menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak gagal mengamalkan kesederhanaan dan menghormati prinsip asas demokrasi, kata Ketua Pembangkang itu
"Sekarang ini isu yang  pertama pilihan raya tidak bersih, kita tuntut yang bersih. Kedua  perhimpunan aman. Jadi (Kerajaan) patut izinkan," kata Anwar. 
Sebaliknya  sejak awal minggu ini polis menahan orang awam yang memakai kemeja  Bersih, di samping menyoal siasat penganjur Bersih dan pemimpin politk  yang menyokongnya di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis. 
Tiga  puluh ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan reman sehingga 2 Julai di  Pulau Pinang ketika mereka meraih sokongan rakyat untuk perhimpunan pada  9 JUlai itu.   
Media arus perdana pula dikerah untuk  memaparkan Bersih sebagai gerakan menghidupkan fahaman komunis atau  dipergunakan oleh pembangkang bagi  menggulingkan kerajaan. 
Anwar  berkata segala alasan polis dan media arus perdana itu adalah fitnah  semata-mata dan menegaskan Bersih hanya menjurus sepenuhnya kepada aspek  tuntutan rakyat mahukan sistempilihanraya yang pincang diperbaiki.  
“Itu  kepentingan keseluruhan (Bersih 2.0), untuk meluahkan dengan cara ini  kerana semua jalan-jalan lain telah gagal. Kami telah menghantar memo,  siri perbincangan, bantahan. Semuanya telah dibuat, penghujahan dengan  fakta dan bukti,” kata Anwar selepas berucap pada Wacana Ekonomi di sini  pagi tadi.
Justeru beliau menyelar tindakan  menangkap aktivis-aktivis NGO termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr.  Micheal Jayakumar   dengan menganggap ianya sebagai usaha mencemari  hasrat  rakyat untuk berhumpun secara aman.
"Saya  lihat ada kecenderungan untuk mencari alasan untuk buat penangkapan  menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri  dan mendera orang seperti  mana pemimpin-pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Dr Jayakumar. Itu  tidak adil," tambah Anwar lagi.TVSNEWS
Iklan Penaja
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...