Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 27, 2011

DSAI Ulangi!! Petrol Boleh Di Turunkan..!!


Ikrar Anwar selepas tawan Putrajaya

KUBANG PASU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir, sering berlaku kenaikan harga minyak sedangkan negara ini adalah negara pengeksport minyak dan mempunyai sumber bahan mentah itu yang mencukupi.

“Atas nama kerajaan rakyat Malaysia dan dengan izin Allah SWT, dengan ini saya isytiharkan berkuat kuasa sekarang harga minyak di seluruh negeri diturunkan. Ikrar ini akan saya lafazkan selepas 24 jam memegang tampuk pemerintahan,” katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam siri lawatan sehari ke daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah, semalam.

Anwar berkata, itulah perkara pertama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu hanya mampu dicapai sekiranya jentera pilihan raya parti komponen PR kuat dan ‘menyerang’ parti lawan dengan bijaksana.

Menurutnya, walaupun dirinya dihimpit dugaan besar apabila dikaitkan dengan isu video seks, namun beliau nekad mahu terus bersama PR menuntut perubahan pentadbiran yang lebih adil di negara ini.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terima ujian ini. Yang penting kita tumpu perhatian pada isu kebebasan dan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.SinarHarian 


Iklan Penaja


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...