Isnin, Jun 13, 2011

Dr Mohd. Puad Dahkasi!!! Hilang Akal Ke??

Cabar PAS Gugur Istilah Islam : Umno Dinasihat Bertaubat


SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang. 

Malah katanya,  Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor. 

" Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tetap akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis.

Jelasnya, berhubung soal cabaran supaya PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bukan menjadi urusan Umno.

" Soal Umno mencabar PAS menggugurkan Islam itu sebenarnya saya fikir merupakan satu perkara yang Umno-BN tak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS kerana kita mampu mengurus parti kita, bahkan Umno sepatutnya harus mengukuhkan serta melihat bagaimana hendak  memperkasakan peranan Islam dalam konteks politik negara," tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan Umno menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung Negara Berkebajikan jelas memperlihatkan bahawa mereka semakin terdesak dan seolah-olah sengaja ingin mencetuskan kecelaruan dikalangan masyarakat. 

"Kita lihat muktahir ini, bila masyarakat bukan Islam mula mendekati PAS ia dilihat sebagai suatu ancaman kepada Umno-BN dimana mereka kini dalam keadaan mengelabah hingga menyebabkan apa-apa yang ditumbulkan dalam kumpulan Pakatan Rakyat menjadi tumpuan serangan mereka,"

Sementara itu, mengulas lanjut gesaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka Tuan Ibrahim menyifatkan ia sebagai tindakan menghina keputusan Majlis Raja-raja dan sengaja ditumbulkan Umno.

" Ali Rustam ini ketinggalan zaman, sebab isu ini merupakan isu yang dibawa dan dikutuk oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa Islam telah digalakkan untuk digunakan dalam mana-mana institusi, persatuan dan sebagainya.

" Isu ini sengaja dibawa oleh Umno dulu dan mereka telah gagal. Dan saya ingat tindakan Ali Rustam ini sebagai menghina keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu dan perkara ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Naib Presiden Umno,"
TVSNEWS

Komen : Nak politik biarlan berpada-pada....jaga akidah tu...Duk kat dunia ni sekejap jeee....Ingat kat TUHAN yang mencipta alam ini..
 
Iklan Penaja
 

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng