Isnin, Jun 13, 2011

Tulang Besi Bongkar Rahsia Besar..!!

"Kalau Barisan Alternatif Menang, Anwar Ibrahim lah Perdana Menteri"

Rupanya sokongan dan dokongan kepada Anwar Ibrahim itu datangnya dari Arwah Ustaz Fadzil Nor sendiri.

Seluruh kepimpinan PAS yang ada sekarang dan yang lepas sememangnya mengetahui amanat Ustaz Fadzil Nor ini.

Sememangnya Ustaz Fadzil Nor telah menyatakan perkara ini kepada umum dan tiada siapa di dalam PAS yang menolaknya pada masa itu.

Tapi, tetiba dalam pemilihan 2009, golongan yang berpegang dengan amanah Ustaz Fadzil ini digelar sebagai Anwariyun dan wala' kepada Anwar, tidak wala' pada Presiden dan sebagainya.

Jelasnya, mereka yang menggelarkan diri mereka "ulama" ini adalah penentang kepada amanah Ustaz Fadzil hanya kerana mereka mahu PAS bersama dengan UMNO dalam satu barisan atas dasar Perpaduang Melayu.

Syukur barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah mereka yang mahu meneruskan warisan serta amanah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor

Tulang Besi

ps Anwar tubuh PArti Keadilan Nasional pun atas nasihat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. Asalnya Anwar nak masuk PAS. Tak percaya tanya Annuar Tahir

Sumber : SINI

1 ulasan:

  1. saya juga tahu tentang itu. Cuma geng Tganu kite saja yang buat2 tak tahu.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng