KUBANG  PASU 27 JUN : Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan  kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya tidak sombong dalam menerima  sebarang teguran serta pandangan rakyat berhubung sistem pilihan raya  yang dijalankan di negara ini.
Malah katanya,  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Umno-BN perlu bersiap sedia untuk  berhadapan dengan realiti sebenar persepsi rakyat terhadap mereka.
Paling mudah, Dr Haron mengulas mengenai Undi Pos yang sehingga kini dipertikaikan ketelusannya oleh banyak pihak. 
"Undang-undang  pilihan raya pun tak adil. Kalau kita tanya mengapa ada Undi Pos,  mereka kata sebab ada yang tak boleh mengundi, tak apalah. Bila tanya  mengapa tak boleh buka dan bilang terus, mereka kata tak boleh sebab  kena simpan di Pejabat SPR. Buat apa nak simpan? soalnya.
"Ada  benda yang tak adil, sebab itu kita minta supaya mereka adil tetapi  mengapa mereka tak beri. Bila ditanya sudahkah mereka melihat perbuatan  ini baik atau buruk, mereka jawab baik. Baik bagaimana kalau begitu?,"  tegas beliau ketika berucap sempena sambutan 50 Tahun PAS Cawangan  Kampung Kodiang lama di sini, kelmarin.
Dalam  ucapan ringkas itu, turut mengingatkan semua pemimpin agar terus kekal  dengan prinsip keadilan yang digenggam erat oleh agama Islam.
Katanya,  kerana ketidakadilanlah rakyat mempersoalkan peranan kerajaan sehingga  tercetusnya ketidakpuasan hati dikalangan rakyat hari ini.
Malah  ujarnya, kerana ketidakadilan itu jugalah gabungan masyarakat sivil  telah melancarkan himpunan raksaksa pada 9 Julai ini yakni Bersih 2.0  bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya di  negara ini.
Menurutnya lagi, keputusan Pilihan  Raya Umum ke 12 lalu jelas menunjukkan bahawa ketidaktelusan sistem  pilihan raya di negara ini di mana beliau tewas tipis dengan majoriti  300 undi tetapi mendapat lebih 500 undi rosak di peti undi tertentu.
Dr  Haron Din yang bersaing Ismail Kassim yang juga merupakan adik bekas  Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau.
Justeru  Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada  pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.
"Mana-mana  pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak  undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu  rakyat, tak kesahla apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau  tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka  dari masuk syurga," kata beliauTVSNEWS
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...