Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 17, 2011

Hina Islam: Pemuda PAS hantar memo bantahan Ke Utusan!!


Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam.

NONEDelegasi seramai empat orang pemimpin Pemuda yang diketuai ketua pemudanya Nasrudin Hassan dilihat memasuki pejabat akhbar itu kira-kira jam 9.35 petang.

Turut mengiringi beliau, kira-kira 10 orang termasuk exco Pemuda.
Tidak kurang 30 anggota polis juga kelihatan mengawal pejabat Utusan.
Pada sidang media selepas menghantar memorandum tersebut, Nasrudin berkata pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran karikatur itu, yang dianggap "mempersendakan hukum Islam".

"Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

NONE"Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan (perkara ini). Ini sentimen agama," katanya.

Rabu lalu, akhbar milik Umno itu pada halaman 15 menyiarkan kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

utusan malaysia 15062011 cartoon hina islamLakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”MalaysiaKini

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...