Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 23, 2011

Panas Gila.!!!! Menteri Dan Pengarah Jawi Salah Guna Wang Zakat..!!


SPRM diminta siasat kos guaman menteri

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara diminta menyiasat isu wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digunakan untuk membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes qazaf membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Jamil Khir, kos guaman bagi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali juga digunakan daripada peruntukan yang sama.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, wang MAIWP tidak sepatutnya digunakan untuk membiayai urusan itu kerana ia hanya boleh disalurkan untuk kegunaan lapan asnaf yang layak.

“Mengikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat, sebanyak RM32,000 peruntukan MAIWP yang berupa wang zakat digunakan untuk tujuan itu. Saya mahu tanya, apakah seorang menteri dan pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang layak terima zakat? Sudah tentu tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Selain itu, kata Saifuddin, Che Mat yang juga Setiausaha MAIWP turut memohon dan meluluskan peruntukan itu atas namanya sendiri.

“Dari segi tata kelolanya, jelas salah. Dari segi undang-undang, yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta SPRM dan Ketua Audit Negara siasat perkara ini,” katanya.SinarHarian

Iklan Penaja
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...