Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 16, 2013

Terkini!!! Fitnah dana asing: Anwar mahu saman Berita Harian

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman akhbar Berita Harian berikutan laporan fitnah kononnya Ketua Pembangkang itu mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.

Laporan pada 29 Jun lalu tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

anwar
“Saya telah putuskan untuk saman Berita Harian kerana fitnah jahat ini,” kata Anwar dalam Dewan Rakyat pagi ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan demikian pada sesi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung fitnah tersebut.

Anwar mahu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan mengapa Kementerian berkenaan terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan dalam isu ini .

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...