Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 14, 2013

Rakyat Kuala Besut Perlu Bangkit Menuntut Hak

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/CHELONG(1).jpgPAS Kawasan Besut menggesa agar rakyat bangkit secara terbuka untuk menuntut hak mereka melalui Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut kali ini.

Proses itu memerlukan keberanian untuk memilih PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan menterjemahkannya melalui peti undi yang dijamin rahsia.

Sudah ketikanya persekitaran kita diubah. Fenomena dan landskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik. Kepimpinan UMNO/BN jelas sengaja membiarkan rakyat berada pada skala kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan untuk meraih sokongan.

PAS tidak bakhil untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas keperihatinan membantu rakyat melalui pelbagai insentif tetapi isunya ialah kenapa iannya berlaku secara bermusim.

Kalau pilihanraya kecil sebagai ‘basic’ untuk kerajaan turun bersimpuh dihadapan rakyat, maka wajar rakyat bergerak kea rah merealisasikan harapan, slogan dan formula 16-16 yang dilihat boleh melorongkan kepada suatu laluan kea rah Pilihanraya Negeri bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kuat, padu dan berwibawa dibentuk bagi menerajui pemerintahan kerajaan negeri Terengganu.

Berdasarkan mood yang ada, kedudukan 16-16 tidak mustahil boleh dicapai kerana keputusan PRU13 (kedudukan kerusi 15-17) membuktikan rakyat sedang bergerak kea rah perubahan.

Saya yakin kemenangan UMNO / BN baru-baru ini dicapai tidak secara 'gentleman'. Penipuan, ugutan, rasuah dan sebagainya mewarnai bentuk dan format kempen mereka dan ianya berlaku di seluruh Negara.

Sebab itu pada saya kedudukan 16-16 adalah sejarah dan mandat ini kita wakilkan kepada pengundi-pengundi di Kuala Besut untuk menciptanya. Sekian dan terima kasih.

Yang benar,
HAJI AZLAN @ ENDUT BIN YUSOF
Bendahari PAS Kawasan Besut
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...