Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 18, 2013

Makin Panas!!! Rafizi Ramli dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim  di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Rafizi turut mempersoalkan syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Beliau berkata, dengan diberi peluang secara rundingan terus makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

"Saya masih percaya Integrated Ventures Sdn Bhd sebagai pembekal dakwat kekal kerana jika saya berkata perkara yang tidak benar sudah pasti ahli parlimen BN merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen," katanya.

"Speaker menggesa saya untuk mengulangi pertuduhan syarikat berkenaan ada kaitan dengan SPR. Maka oleh sebab itulah sidang media ini diadakan," kata Rafizi pada sidang media di Parlimen, hari ini. - 18 Julai, 2013.

TheMalaysiaInsider
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...