Sabtu, Julai 20, 2013

12 kes mati dalam tahanan , hanya 1 didakwa


12 kes mati dalam tahanan , hanya 1 didakwa
 
Kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menuntut pihak polis dipertanggungjawabkan terhadap peningkatan kematian dalam tahanan kerana daripada 12 kes pada tahun ini sahaja, hanya tiga anggota polis didakwa (dalam satu kes yang sama).

"...hanya tiga pegawai polis didakwa dalam kes kematian N Dhamendran, dan hanya selepas desakan dan bantahan awam, sementara satu lagi tertuduh hilang," kata Penyelaras Suaram R Thevarajan.

Katanya, dalam kes P Karunanithi, yang meninggal di Tampin pada Jun, sehingga hari ini tiada seorang pun pegawai polis didakwa walaupun bedah siasat dan bukti video menunjukkan kesan leban dan kecederaan di tubuhnya.

Dalam kenyataanya hari ini, Thevarajan menegaskan keperluan memenuhi tuntutan meluas terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ini kerana, tambahnya, pihak polis gagal mengheret pelakunya ke muka pengadilan.

"Kegagalan memastikan keberkesanan mekanisme kebertanggungjawapan polis mengetengahkan kurangnya hasrat politik untuk mengambil langkah tulen bagi mereformasikan pasukan polis negara ini," katanya.

Malaysiakini

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng